




Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 12 Januari 2010. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ceramah adalah
Puan Nor Hafizah Hanim daripada SMK Purun yang menyampaikan tajuk "Pemimpin dan Kepimpinan'. Encik Hidzir iaitu
Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bera telah menyampaikan tajuk
"Tugas dan Tanggungjawab Pengawas PSS". Sementara itu
Puan Norsiah yang merupakan
Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SMK Mengkarak telah menyampaikan tajuk
"Kenali Bahagian-bahagian Buku". Peserta-peserta kursus juga telah diberi taklimat mengenai program NILAM. Sebelum berakhirnya kursus, peserta-peserta telah membuat aktiviti Kemahiran Maklumat iaitu mencari maklumat daripada bahan bacaan. Semoga terus sukses!
No comments:
Post a Comment