Monday, January 4, 2010

Hari Pertama P&P 2010

Bermula awal pagi dengan keadaan hujan rintik-rintik dan cuaca mendung, perhimpunan sekolah terpaksa diadakan di dewan terbuka. Semua berdiri kerana lantai simen agak basah dek tempias hujan. Semua guru segak dan bergaya memakai blazer/kot pada hari ini. Lelaki dan perempuan tidak ada yang terkecuali. Walaupun berdiri, cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar bersemangat menyanyikan lagu Allah Selamatkan Sultan Kami (Lagu Negeri Pahang) dan Negaraku.

P&P berjalan lancar. Surat Lantikan Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah telah diedarkan. Harap semuanya telah membaca surat lantikan tersebut hingga ke noktah yang terakhir. Tahniah dan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang terus menerus memberi sokongan kepada pusat sumber sekolah.

Jangan lupa, pada hari sabtu ini (9 Januari 2010) ada kursus NILAM di sekolah. Penceramahnya Encik Roslan Haji Mahadi dari BTPN Pahang. Surat panggilan kursus sedang diedarkan. Sebelum itu kita ada mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja.

1 comment:

  1. Tak jemput ke GPM sekoalh lain... TNT sendiri ler. Saya tak dapat hadir pada hari tersebut kerana hal peribadi yang tak dapat dielakkan. Bila masanya....

    ReplyDelete