Friday, January 29, 2010

PAMERAN BERTEMA "Perayaan Tahun Baru Cina"



Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Cina telah menganjurkan pameran bertemakan "Perayaan Tahun Baru Cina". Selain mendapat maklumat mengenai perayaan yang disambut oleh kaum Cina ini, pelajar-pelajar juga boleh menguji pengetahuan mereka dengan menyertai kuiz bertulis yang diadakan sempena pameran ini. Pameran ini diadakan selama dua minggu yang bermula pada 01.02.2010 (Isnin).

Thursday, January 28, 2010

SUKANTARA

Tarikh: 27 dan 28 Januari 2010.






Wednesday, January 27, 2010

Lawatan ke Stesyen Meteorologi Temerloh







Singgah di Stesyen Meteorologi Temerloh sewaktu perjalanan balik dari Jerantut. Banyak maklumat kami perolehi di sini. Satu pembelajaran luar bilik darjah. Terima kasih kepada Encik Muhasbi yang memberi penerangan dan melayan karenah pelajar-pelajar.

Lawatan Ke SMK Inderapura Jerantut

Bonda pengetua (Puan Normah binti Ismail) bersama peserta lawatan sebelum bertolak ke SMK Inderapura Jerantut.

Bergambar sebelum menaiki bas.
Pengetua SMKI (Puan Rusma) memberi taklimat kepada semua peserta lawatan.
Jamuan makan tengahari.


Lawatan ke SMK Inderapura Jerantut pada 26 Januari 2010 merupakan satu lawatan yang sangat bermakna kepada semua peserta termasuk juga guru-guru yang menyertainya. Selain pengawas pusat sumber, ahli SLAD SMKM juga turut serta dalam lawatan ini. Guru-guru yang mengiringi pelajar ialah Puan Norsiah (GPM), Encik Md. Arif dan Encik Faizu (Guru Unit Media), Puan Suhaila (Guru Bimbingan dan Kaunseling) dan Cik Wong (GPM SMK Kemayan). Terima kasih kepada semua warga SMKI yang memberi layanan 'high class' kepada kami. Semoga lawatan ini dapat menjalin hubungan yang lebih erat bagi meningkatkan kecemerlangan khasnya pusat sumber sekolah. Kami doakan pusat sumber SMKI dapat mengharumkan nama Pahang dengan membawa balik ANUGERAH PUSAT SUMBER CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN.

Sunday, January 24, 2010

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah telah diadakan pada 25 Januari 2010. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Bera telah menyampaikan watikah pelantikan tersebut. Mohd. Shaby Nukhari bin Musman telah dilantik sebagai ketua pelajar bagi sesi persekolahan 2010.











Mohd. Shaby Nukhari bin Musman (Ketua Pelajar) mengetuai pembacaan ikrar.

Saturday, January 23, 2010

Majlis Pelancaran NILAM

Majlis Pelancaran NILAM telah diadakan pada 23 Januari 2010 (sabtu) di Dewan Terbuka SMKM. Majlis bermula pada pukul 11 pagi dah berakhir pada pukul 1.30 petang. Antara aktiviti yang dijalankan selain ucapan perasmian ialah upacara menandatangani replika buku sebagai simbolik meluluskan perancangan aktiviti Galakan Membaca (NILAM) SMKM sepanjang tahun 2010. Selain itu, beberapa orang guru dan pelajar membuat ulasan buku, berpantun, berpidato, bersajak, dan menonton video klip NILAM Kebangsaan. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama.
Ucapan perasmian oleh pengetua.
Menonton video klip NILAM Kebangsaan.

Mendeklamasikan sajak berjudul "Bacalah".
Selepas membuat ulasan buku, Puan Salmah (GPK Pentadbiran) menyediakan soalan untuk dijawab.


Cikgu Mohd. Amni membuat ulasan buku dalam bahasa Inggeris. Alamak, saya lupa pulak judul buku itu.Balabingai dan Suguna mengambil bahagian dalam aktiviti resensi buku dalam bahasa Tamil. Mereka mendapat tepukan yang gemuruh dari penonton. Syabas!
Mohd. Azuan dari kelas 6 Atas 2 mengupas isi kandungan buku yang berjudul "Asal-usul Negeri-negeri di Malaysia" yang dikarang oleh Zakiah Hanum.


Aktiviti "Membaca Bersama".
Guru-guru bersama pelajar-pelajar menyanyikan lagu NILAM

KIOSK NILAM

Sempena Majlis Pelancaran NILAM yang diadakan pada 23 Januari 2010, English Language Society dan pusat sumber sekolah telah mengadakan Kiosk NILAM di dewan pusat sumber baru. Kiosk ini mula menerima pengunjung seawal jam 8 pagi.Bukan sahaja pelajar, guru-guru pun ramai mengunjungi kiosk ini.
Pengunjung bertuah menerima hadiah.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH

Kursus ini diadakan pada 23 Januari 2010 bermula pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi di perpustakaan.Puan Normah binti Ismail (Pengetua) merasmikan kursus ini.
Cikgu M.Juhari memberi taklimat.

MESYUARAT JAWATAN KUASA NILAM

Mesyuarat Jawatan Kuasa NILAM SMK Mengkarak telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 18 Januari 2010 pukul 2.45 petang di Perpustakaan.Puan Salmah binti Othman (GPK Pentadbiran) mempengerusikan majlis pada hari itu.
Puan Norsiah (GPM) memberi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti Galakan Membaca (NILAM) yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010.


Guru-guru yang menjadi AJK adalah Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Kelas, dan Guru Bahasa. Agenda yang dibincangkan antaranya ialah senarai tugas setiap jawatan kuasa, KPI (target) bagi tahun 2010, Peranan Guru Kelas dan Guru Bahasa, dan Majlis Pelancaran NILAM peringkat sekolah.