Wednesday, March 31, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Antidadah









Majlis Penyampaian hadiah sempena Minggu Antidadah telah diadakan pada 31 Mac (Rabu).

Monday, March 29, 2010

Minggu Antidadah











Majlis perasmian Minggu Antidadah SMKM telah diadakan pada 29 Mac. Pengetua telah merasmikan Minggu Antidadah ini. Banyak acara yang dilaksanakan. Antaranya, pidato, kuiz spontan, pameran, ceramah kesihatan dan ceramah dari Penjara Bentong, Pertandingan Melukis Poster dan Menulis Esei.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34 dan Majlis Apresiasi SMKM





Bencana Alam







Khamis 25 Mac, selepas waktu persekolahan, bergegas ke Temerloh untuk menyelesaikan beberapa tugasan. Bersama rakan mencari barang buat persediaan mesyuarat agung PIBG yang akan diadakan pada hari sabtu 27 Mac. Agak lewat petang, cuaca mula mendung dan angin bertiup kencang. Bimbang dihambat hujan lebat, kami bergerak balik dalam keadaan hujan sudah mulai turun. Sampai di pertengahan jalan, pergerakan kenderaan mula perlahan. Oh, rupanya ada pokok tumbang. Perjalanan diteruskan. Bergerak membuntuti kenderaan di hadapan, perlahan dan kemudian terhenti. Alamak ada lagi pokok tumbang! Terhenti di situ dalam lebih kurang setengah jam. Keadaan dirasakan sangat sesak ditambahi dengan keadaan yang sudah gelap kerana menghampiri jam 7.30 malam. Alhamdulillah, selamat sampai di rumah setelah melepasi 4 kawasan pokok tumbang. Keesokan pagi, sampai di sekolah... ribut semalam telah meninggalkan bekas di sekitar kawasan sekolah. Syukur tiada kehilangan nyawa. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan telah menghulurkan bantuan.

Ceramah Keselamatan Jalan Raya

Satu ceramah tentang keselamatan jalan raya telah diadakan pada 24 Mac 2010. Ceramah ini telah dianjurkan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Kokurikulum.

Thursday, March 18, 2010

PAMERAN BERTEMA "Permainan Tradisional"



Pameran Bertema pada kali ini adalah mengenai Permainan Tradisional.

Monday, March 15, 2010

Sambutan MaulidurRasul


Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan pada 12 Mac 2010. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah berarak sambil berselawat, ceramah, kuiz, dan penyampaian hadiah bagi Tokoh Maulidurrasul.



Keputusan SPM 2009

Keputusan SPM 2009 telah diumumkan pada 11 Mac 2010. Ramai calon SPM 2009 telah berjaya dengan cemerlang. Tahniah diucapkan.
Pengetua bersama-sama guru meneliti keputusan sebelum mengumumkan kepada pelajar. Tersenyum lebar semuanya... TAHNIAH!






Wajah-wajah gembira dengan kejayaan masing-masing.

Kejohanan Olahraga kali ke-41







Pada 6 Mac 2010, telah diadakan Kejohanan Olahraga di padang SMKM. Acara yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu bertemakan "kitar semula'. Yang Berhormat Senator Muhammad Olian bin Abdullah AMP telah merasmikan kejohanan olahraga kali ini.

Monday, March 8, 2010

Diskusi Buku

Pada 04 Mac 2010, Pusat Sumber SMKM telah menerima kunjungan Puan Johana binti Johari dan Adik Na'im Farhana binti Abdul Rahim dari SK Kuala Triang. Adik Na'im Farhana merupakan peserta NILAM yang akan mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur. Puan Johana membawa pelajarnya ini dalam program "Roadshow NILAM ke Peringkat Kebangsaan" dan membuat persembahan di pusat sumber SMKM. Pihak pusat sumber SMKM telah mengadakan majlis Diskusi Buku dan meminta adik Na'im Farhana untuk membuat diskusi buku yang menjadi pilihannya.Adik Na'im Farhana menerima sijil dan cenderamata dari pihak pusat sumber SMKM. Semoga memperoleh kejayaan cemerlang!