Friday, April 9, 2010

Ceramah Motivasi

Satu ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 3, 5, dan 6 Atas telah diadakan pada 08 April 2010 (Khamis).



Sempat membaca akhbar sementara menunggu ceramah bermula.

Wednesday, April 7, 2010

KEMPEN DERMA DARAH

Kempen Menderma Darah telah diadakan di Dewan Terbuka SMK Mengkarak pada 06 April 2010 anjuran Persatuan Pelajar-pelajar Tingkatan Enam (PERTINAM).



Pemasangan Kampus ASTRO

Kampus ASTRO telah dipasang di bilik TV pusat sumber SMK Mengkarak (pusat sumber baru) pada 06 April 2010.

Kejohanan Bola Jaring Sekolah-sekolah Daerah Bera

Pada 07 April (Rabu) SMK Mengkarak telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Jaring Bawah 18 tahun bagi sekolah-sekolah di daerah Bera. Pingat emas menjadi milik SMK Mengkarak setelah mengalahkan SMK Seri Bera. Tahniah diucapkan kepada semua pemain. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah memberi sokongan.

Pemain-pemain bergambar bersama GPK Kokurikulum (Encik Abd. Fatah bin Abu Hanifah - 2 dari kiri) dan jurulatih iaitu Puan Nurmah (kiri sekali), Puan Che Rohani (kanan sekali) dan Puan Norsiah (2 dari kanan).
TAHNIAH kepada pemain-pemain yang terpilih mewakili daerah Bera ke peringkat negeri yang akan diadakan di daerah Bentong.




Puan Norsiah sedang memberi pesanan terakhir sebelum pemain memulakan perlawanan.





Penyokong-penyokong tuan rumah menyaksikan perlawanan akhir antara SMK Mengkarak dengan SMK Seri Bera.
Tidak lupa mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan olahraga SMK Mengkarak yang telah membawa balik gelaran JOHAN KESELURUHAN daerah Bera (minta maaflah, belum dapat masukkan berita kerana belum menerima gambar-gambar yang dijanjikan). 30 Mac - 01 April 2010.

Begitu juga TAHNIAH kepada pasukan hoki perempuan kerana menjadi JOHAN daerah Bera (dengar cerita ramai yang terpilih ke peringkat negeri). Jangan lupa, serahkan gambar ya! 05 April 2010.

TAHNIAH juga kepada peserta-peserta SMK Mengkarak yang bersaing dalam Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ). Bawa balik JOHAN. Alhamdulillah dan TAHNIAH. Tapi... mana gambar? 06 April 2010.

Friday, April 2, 2010

MAJLIS IKATAN KASIH




Pada 02 April 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama JK Pusat Sumber SMKM telah mengadakan satu program yang dinamakan Majlis Ikatan Kasih. Ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar PMR, SPM, dan STPM telah hadir di majlis itu. Agenda majlis ini ialah taklimat prestasi pelajar PMR, SPM, dan STPM bagi suku pertama tahun 2010. Selain itu, kehadiran Dr. Amisyarif bin Abu Bakar yang telah memberikan ceramah motivasi telah membakar semangat para hadirin. Acara kemuncak di majlis tersebut ialah ikrar dan akujanji pelajar-pelajar di hadapan ibu bapa dan penjaga.