Sunday, January 17, 2010

Watikah Pelantikan Pengawas PSS dan Lafaz Ikrar

Isnin 18 Januari 2010 Jam 8.00 pagi.
Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diterima oleh Shazarul Izrin bin Shamsuddin yang merupakan Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah mewakilili pengawas-pengawas pusat sumber yang lain. Watikah disampaikan oleh Puan Normah binti Ismail, pengetua SMK Mengkarak. Seterusnya pembacaan lafaz ikrar menjalankan tugas dibacakan di hadapan pengetua dan guru-guru. Diharapkan semua pengawas pusat sumber dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya.

Thursday, January 14, 2010

SEKITAR PENAMAAN CALON DAN PILIHAN RAYA KECIL BADAN PENGAWAS SEKOLAH


TARIKH : 14 Januari 2010












Apakah jawatan yang menjadi rebutan?

Antara calon Ketua Pengawas. Seriusnya!

Tuesday, January 12, 2010

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PSS




Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 12 Januari 2010. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan ceramah adalah Puan Nor Hafizah Hanim daripada SMK Purun yang menyampaikan tajuk "Pemimpin dan Kepimpinan'. Encik Hidzir iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bera telah menyampaikan tajuk "Tugas dan Tanggungjawab Pengawas PSS". Sementara itu Puan Norsiah yang merupakan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SMK Mengkarak telah menyampaikan tajuk "Kenali Bahagian-bahagian Buku". Peserta-peserta kursus juga telah diberi taklimat mengenai program NILAM. Sebelum berakhirnya kursus, peserta-peserta telah membuat aktiviti Kemahiran Maklumat iaitu mencari maklumat daripada bahan bacaan. Semoga terus sukses!

Saturday, January 9, 2010

Kursus NILAM






Kursus NILAM telah diadakan pada 09.01.2010 (sabtu) di Bilik Kuliah SMK Mengkarak. Penceramah yang dijemput adalah Encik Roslan Haji Mahadi iaitu Ketua Unit Unit Pengurusan Sumber Pendidikan BTPN Pahang.

Friday, January 8, 2010

Orientasi Pelajar Tingkatan 4



Orientasi Pelajar Tingkatan 4 diadakan pada 08.01.2010.

Thursday, January 7, 2010

Orientasi Pelajar Tingkatan 1

Orientasi Pelajar Tingkatan 1 telah diadakan pada 05.01.2010 hingga 07.01.2010. Pihak pengurusan pusat sumber sekolah telah diberi peluang untuk menyampaikan taklimat mengenai pusat sumber sekolah pada 06.01.2010. Taklimat yang disampaikan adalah mengenai peraturan penggunaan perpustakaan, bilik media dan pengurusan NILAM. Tidak lupa diselitkan juga aktiviti Kemahiran Maklumat.













Pelajar-pelajar khusyuk membaca buletin WADAH MINDA terbitan pusat sumber sekolah untuk mencari maklumat.

Sesi soaljawab dengan pelajar-pelajar.