Friday, January 8, 2010

Orientasi Pelajar Tingkatan 4



Orientasi Pelajar Tingkatan 4 diadakan pada 08.01.2010.

Thursday, January 7, 2010

Orientasi Pelajar Tingkatan 1

Orientasi Pelajar Tingkatan 1 telah diadakan pada 05.01.2010 hingga 07.01.2010. Pihak pengurusan pusat sumber sekolah telah diberi peluang untuk menyampaikan taklimat mengenai pusat sumber sekolah pada 06.01.2010. Taklimat yang disampaikan adalah mengenai peraturan penggunaan perpustakaan, bilik media dan pengurusan NILAM. Tidak lupa diselitkan juga aktiviti Kemahiran Maklumat.













Pelajar-pelajar khusyuk membaca buletin WADAH MINDA terbitan pusat sumber sekolah untuk mencari maklumat.

Sesi soaljawab dengan pelajar-pelajar.


Wednesday, January 6, 2010

Mesyuarat Pengawas PSS 1/2010

Mesyuarat Pengawas PSS telah diadakan pada hari rabu 06.01.2010.














Puan Norsiah sedang memberi penerangan mengenai tugas-tugas setiap biro.

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama P&P 2010

Bermula awal pagi dengan keadaan hujan rintik-rintik dan cuaca mendung, perhimpunan sekolah terpaksa diadakan di dewan terbuka. Semua berdiri kerana lantai simen agak basah dek tempias hujan. Semua guru segak dan bergaya memakai blazer/kot pada hari ini. Lelaki dan perempuan tidak ada yang terkecuali. Walaupun berdiri, cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar bersemangat menyanyikan lagu Allah Selamatkan Sultan Kami (Lagu Negeri Pahang) dan Negaraku.

P&P berjalan lancar. Surat Lantikan Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah telah diedarkan. Harap semuanya telah membaca surat lantikan tersebut hingga ke noktah yang terakhir. Tahniah dan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang terus menerus memberi sokongan kepada pusat sumber sekolah.

Jangan lupa, pada hari sabtu ini (9 Januari 2010) ada kursus NILAM di sekolah. Penceramahnya Encik Roslan Haji Mahadi dari BTPN Pahang. Surat panggilan kursus sedang diedarkan. Sebelum itu kita ada mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja.

VISI SMKM


SMK MENGKARAK CEMERLANG TAHUN 2011, GEMILANG 2015, TERBILANG 2020.

Mesyuarat Guru 1/2010

29.12.2009 (Selasa)
Mesyuarat Kurikulum. Perbincangan KPI mengikut panitia.
Serius betul cikgu Saadon tu! Berkerut dahi memikir ETR.











28.12.2009 (Isnin)
Mesyuarat Guru 1/2010 dimulai dengan doa dan tazkirah oleh Ustaz Mohd Nazeri bin Abd. Mubin bertajuk "Kerja Sebagai Satu Tanggungjawab dan Ibadah".










Pendaftaran Pelajar 2010



Pendaftaran pelajar bagi sesi persekolahan 2010 pada 03.01.2010. Hari ahad tu cikgu-cikgu semua bertugas!