Wednesday, April 7, 2010

Kejohanan Bola Jaring Sekolah-sekolah Daerah Bera

Pada 07 April (Rabu) SMK Mengkarak telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Jaring Bawah 18 tahun bagi sekolah-sekolah di daerah Bera. Pingat emas menjadi milik SMK Mengkarak setelah mengalahkan SMK Seri Bera. Tahniah diucapkan kepada semua pemain. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah memberi sokongan.

Pemain-pemain bergambar bersama GPK Kokurikulum (Encik Abd. Fatah bin Abu Hanifah - 2 dari kiri) dan jurulatih iaitu Puan Nurmah (kiri sekali), Puan Che Rohani (kanan sekali) dan Puan Norsiah (2 dari kanan).
TAHNIAH kepada pemain-pemain yang terpilih mewakili daerah Bera ke peringkat negeri yang akan diadakan di daerah Bentong.




Puan Norsiah sedang memberi pesanan terakhir sebelum pemain memulakan perlawanan.





Penyokong-penyokong tuan rumah menyaksikan perlawanan akhir antara SMK Mengkarak dengan SMK Seri Bera.
Tidak lupa mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan olahraga SMK Mengkarak yang telah membawa balik gelaran JOHAN KESELURUHAN daerah Bera (minta maaflah, belum dapat masukkan berita kerana belum menerima gambar-gambar yang dijanjikan). 30 Mac - 01 April 2010.

Begitu juga TAHNIAH kepada pasukan hoki perempuan kerana menjadi JOHAN daerah Bera (dengar cerita ramai yang terpilih ke peringkat negeri). Jangan lupa, serahkan gambar ya! 05 April 2010.

TAHNIAH juga kepada peserta-peserta SMK Mengkarak yang bersaing dalam Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ). Bawa balik JOHAN. Alhamdulillah dan TAHNIAH. Tapi... mana gambar? 06 April 2010.

No comments:

Post a Comment