Monday, March 29, 2010

Bencana Alam







Khamis 25 Mac, selepas waktu persekolahan, bergegas ke Temerloh untuk menyelesaikan beberapa tugasan. Bersama rakan mencari barang buat persediaan mesyuarat agung PIBG yang akan diadakan pada hari sabtu 27 Mac. Agak lewat petang, cuaca mula mendung dan angin bertiup kencang. Bimbang dihambat hujan lebat, kami bergerak balik dalam keadaan hujan sudah mulai turun. Sampai di pertengahan jalan, pergerakan kenderaan mula perlahan. Oh, rupanya ada pokok tumbang. Perjalanan diteruskan. Bergerak membuntuti kenderaan di hadapan, perlahan dan kemudian terhenti. Alamak ada lagi pokok tumbang! Terhenti di situ dalam lebih kurang setengah jam. Keadaan dirasakan sangat sesak ditambahi dengan keadaan yang sudah gelap kerana menghampiri jam 7.30 malam. Alhamdulillah, selamat sampai di rumah setelah melepasi 4 kawasan pokok tumbang. Keesokan pagi, sampai di sekolah... ribut semalam telah meninggalkan bekas di sekitar kawasan sekolah. Syukur tiada kehilangan nyawa. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan telah menghulurkan bantuan.

No comments:

Post a Comment