Friday, December 4, 2009

Pusat Sumber Sekolah

Pusat sumber sekolah adalah seluruh kawasan sekolah. Pusat sumber sekolah merupakan tempat untuk memperoleh, mengumpul, menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran untuk dimanfaatkan kepada para pelajar dan guru-guru. Pusat sumber bukanlah tempat menyimpan maklumat lama untuk diwariskan kapada satu generasi kepada generasi yang lain.


Pusat sumber sekolah perlu berfungsi seperti sebuah gedung membeli-belah yang mampu menyediakan pelbagai keperluan dan perkhidmatan kepada para penggunanya. Di gedung membeli-belah, kemudahan dan keselesaan seperti mendapat layanan, harga barang-barang, susun atur dan sebagainya mestilah diberi perhatian. Begitu juga halnya dengan peranan yang dimainkan oleh pusat sumber sekolah sebagai sebuah gedung ilmu yang diurus secara sistematis oleh kakitangan terlatih. Ini bertujuan memberi perkhidmatan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

No comments:

Post a Comment