Monday, March 29, 2010

Ceramah Keselamatan Jalan Raya

Satu ceramah tentang keselamatan jalan raya telah diadakan pada 24 Mac 2010. Ceramah ini telah dianjurkan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Kokurikulum.

Thursday, March 18, 2010

PAMERAN BERTEMA "Permainan Tradisional"



Pameran Bertema pada kali ini adalah mengenai Permainan Tradisional.

Monday, March 15, 2010

Sambutan MaulidurRasul


Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan pada 12 Mac 2010. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah berarak sambil berselawat, ceramah, kuiz, dan penyampaian hadiah bagi Tokoh Maulidurrasul.



Keputusan SPM 2009

Keputusan SPM 2009 telah diumumkan pada 11 Mac 2010. Ramai calon SPM 2009 telah berjaya dengan cemerlang. Tahniah diucapkan.
Pengetua bersama-sama guru meneliti keputusan sebelum mengumumkan kepada pelajar. Tersenyum lebar semuanya... TAHNIAH!






Wajah-wajah gembira dengan kejayaan masing-masing.

Kejohanan Olahraga kali ke-41







Pada 6 Mac 2010, telah diadakan Kejohanan Olahraga di padang SMKM. Acara yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu bertemakan "kitar semula'. Yang Berhormat Senator Muhammad Olian bin Abdullah AMP telah merasmikan kejohanan olahraga kali ini.

Monday, March 8, 2010

Diskusi Buku

Pada 04 Mac 2010, Pusat Sumber SMKM telah menerima kunjungan Puan Johana binti Johari dan Adik Na'im Farhana binti Abdul Rahim dari SK Kuala Triang. Adik Na'im Farhana merupakan peserta NILAM yang akan mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur. Puan Johana membawa pelajarnya ini dalam program "Roadshow NILAM ke Peringkat Kebangsaan" dan membuat persembahan di pusat sumber SMKM. Pihak pusat sumber SMKM telah mengadakan majlis Diskusi Buku dan meminta adik Na'im Farhana untuk membuat diskusi buku yang menjadi pilihannya.Adik Na'im Farhana menerima sijil dan cenderamata dari pihak pusat sumber SMKM. Semoga memperoleh kejayaan cemerlang!

Sunday, March 7, 2010

Raptai Hari Sukan

Pada 05 Mac 2010, telah diadakan raptai penuh sukan tahunan di padang sekolah. Raptai bermula pada pukul 8.00 pagi.