Friday, February 26, 2010

NILAM 2 Bijak

Taklimat NILAM diadakan di kelas 2 Bijak pada 24 Februari 2010 (Rabu) pada pukul 12.40 petang.


Kursus LADAP

Kursus LADAP diadakan buat kali kedua bagi tahun ini.
Tarikh: 24 dan 25 Februari 2010.
Masa: 3.00 hingga 6.00 petang.
Tempat: Bilik Kuliah SMKM.
Penceramah: Puan Salmah binti Othman (GPK Pentadbiran)



Aktiviti yang dilaksanakan: Ceramah dan bengkel.


Perbincangan Kumpulan PANITIA GEOGRAFI.


Kumpulan PANITIA B.MELAYU


Kumpulan PANITIA PENDIDIKAN ISLAM.

Sambutan 2 in 1 di Kelas Pendidikan Khas

Pada 25 Februari 2010, Kelas Pendidikan Khas SMKM telah mengadakan Jamuan Makan Tengah hari kerana meraikan ulangtahun kelahiran pengetua dan Sambutan Tahun Baru Cina. Semua ibu bapa pelajar-pelajar Kelas Pendidikan Khas hadir di majlis ini.Pengetua menerima kad ucapan ulangtahun kelahiran yang dihasilkan sendiri oleh pelajar-pelajar kelas tersebut.

Ibu bapa pelajar yang hadir sempat bertanya khabar mengenai anak masing-masing.
Guru-guru yang berkesempatan hadir di majlis yang ringkas tetapi amat meriah itu.

Keputusan STPM 2009

Guru-guru bersiap sedia untuk mengumumkan keputusan peperiksaan STPM kepada pelajar-pelajar.
Seperti biasa, ada yang tersenyum, ada yang menjerit gembira, ada yang serius dan ada yang tergelak besar!
KIONG HON KAIM (berkemeja T kuning) yang merupakan Penolong Ketua Pengawas PSS tahun 2009 telah berjaya memperoleh 4A 1B dan dinobatkan Pelajar Terbaik STPM (SMKM) 2009. Tahniah! Memang beliau sentiasa berada di Bilik Rujukan PSS.

Pemantauan PSS

Pada 18 Februari 2010, Pegawai dari JPNP iaitu Encik Jalani datang ke sekolah untuk mengetahui perkembangan terkini pusat sumber sekolah yang baru itu. Pusat sumber tersebut boleh digunakan tetapi pihak sekolah masih menunggu ketibaan perabot. Encik Jalani telah berbincang dengan Pengetua dan Puan Norsiah (GPM) perabot yang diperlukan. Beliau berjanji akan menyegerakan perkara tersebut.


Bahagian dalam (bilik perpustakaan) pusat sumber sekolah yang baru.

Saturday, February 13, 2010

HAPPY BIRTHDAY MOM!

12 Februari merupakan tarikh kelahiran bonda pengetua. Pengawas-pengawas PSS telah menghadiahkan koleksi gambar-gambar pengetua yang telah dibingkaikan. Ketua pengawas PSS dan AJKnya telah menemui bonda pengetua untuk mengucapkan "HAPPY BIRTHDAY". Malangnya saya tidak dapat menyertai mereka kerana terlibat dengan mesyuarat pada waktu itu. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....

NILAM lagi....

Kali ini berkesempatan masuk kelas 2 Pintar. Mereka baru habis kelas PJK tapi memberikan respon yang baik. Barang-barang yang perlu dibawa apabila masuk ke kelas untuk taklimat NILAM ialah bakul buku (projek pukal), buku catatan (rekod) NILAM, dan helaian halaman buku catatan NILAM yang telah di'photostate'. Helaian ini penting kerana memang akan ada pelajar yang tidak membawa buku catatan NILAM ataupun ada yang belum memilikinya. Bagi pelajar yang tidak membawa atau belum memiliki buku catatan NILAM, helaian ini digunakan untuk membuat catatan bacaan mereka pada waktu ini.



Gerak Gempur NILAM

Roadshow NILAM diteruskan lagi. Memang perlu masuk dari kelas ke kelas untuk mengetahui pemahaman pelajar-pelajar mengenai program ini terutamanya pelajar-pelajar tingkatan 1. Mereka membaca tak? Ya. Mereka ada buku catatan NILAM tak? Ada. Mereka merekodkan bacaan mereka tak? Alamak, tak semua buat! Kena kerja keras ni...





Taklimat di kelas 1 Gemilang pada 10 Februari 2010 jam 8.10 pagi (Terima kasih kepada Puan Siti Norasiah kerana memberikan kerjasama).

Tuesday, February 9, 2010

Program Kesenian dan Kebudayaan

Pada 09 Februari 2010 jam 2.00 petang, Persatuan Pelajar-pelajar Tingkatan Enam dengan kerjasama pusat sumber sekolah telah mengadakan Program Hari Kesenian dan Kebudayaan. Objektif program ini adalah untuk memupuk sikap menyanjungi seni dan budaya bangsa sendiri. Selain itu, pelajar-pelajar didedahkan dengan kesenian dan kebudayaan masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung program ini juga dapat mencungkil bakat seni yang ada pada para pelajar. Syabas!


'ROADSHOW' NILAM

Untuk memperhebatkan lagi Program NILAM di sekolah, pusat sumber sekolah telah mengambil inisiatif mengadakan 'Roadshow NILAM' secara berperingkat mulai bulan Februari 2010. Kaedah yang dilaksanakan ialah mengadakan taklimat dari kelas ke kelas bermula kelas tingkatan 1. Diharapkan dengan mengadakan 'Roadshow NILAM' ini dapat memberi kesedaran yang lebih kepada para pelajar tentang pentingnya melaksanakan program bacaan ini.





Taklimat di kelas 1 Cemerlang pada 09 Februari 2010 jam 2.00 petang (Terima kasih kepada Puan Katini kerana memberikan period ini kepada JK NILAM).

JUALAN LIMAU SEMPENA TAHUN BARU CINA

Sempena Tahun Baru Cina, Persatuan Bahasa Cina dan Pusat Sumber SMK Mengkarak telah mengadakan jualan limau dan coklat. Jualan tersebut diadakan selama tiga hari bermula pada 09 Februari hingga 11 Februari 2010. Guru-guru dan pelajar-pelajar boleh membeli limau dan coklat mulai jam 10.10 pagi (waktu rehat) di dewan terbuka pusat sumber baru. Terima kasih kepada AJK Persatuan Bahasa Cina yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.






GOTONG-ROYONG KECERIAAN SEKOLAH

Satu program gotong-royong untuk menceriakan kawasan sekolah telah diadakan pada 06 Februari 2010 (Sabtu). Semua guru dan pelajar terlibat dan diwajibkan hadir pada hari tersebut. Hari sebelum gotong-royong itu (Jumaat) satu taklimat telah diadakan di dewan terbuka. GPK Kokurikulum, Encik Abdul Fatah bin Abu Hanifah telah memberi taklimat. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mengetahui tugasan masing-masing.


Pelajar-pelajar membantu guru mengemas dan menceriakan surau sekolah.
Barang-barang yang sudah tidak diperlukan dikumpulkan untuk kitar semula.
Bersama-sama membantu mengangkat air.

Monday, February 1, 2010

Gotong-royong Keceriaan PSS



Pada 30 Januari 2010 (sabtu) jam 9.00 pagi, pengawas-pengawas pusat sumber sekolah telah bersama-sama berkerjasama membersih dan menceriakan kawasan dalaman dan luaran pusat sumber sekolah. Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengawas-pengawas yang begitu tekun membuat kerja.