Saturday, December 5, 2009

Senarai Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan pusat sumber sekolah.
Merancang dan mengurus belanjawan tahunan pusat sumber sekolah.
Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber sekolah.
Merancang dan mengurus program promosi pusat sumber sekolah.
Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif.
Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program pusat sumber sekolah.
Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah.
Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja pusat sumber sekolah.
Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program pusat sumber sekolah.
Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.
Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah.
Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat sumber sekolah.
Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah (Oktober) dan NILAM (April dan Oktober) kepada BTP melalui PKG dan BTPN setiap tahun.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

[Diambil dari BUKU PANDUAN TUGAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM) terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007]

1 comment:

  1. Mohon kebenaran untuk dipaparkan di blog pusat sumber skbg. Didahului ucapan terima kasih.

    ReplyDelete