Friday, December 4, 2009

BUKU RUJUKAN

Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara. Antaranya maklumat tentang makna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentang tempat, data dan sebagainya.

Buku rujukan terdiri daripada :
1. Buku Rujukan Umum
2. Buku Rujukan Am
3. Buku Rujukan Khusus
4. Bahan Khusus

Buku Rujukan Umum
Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhi keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Buku ini berkaitan dengan mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendak kurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.

Buku Rujukan Am
Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua orang. Buku ini berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Di antara buku rujukan am adalah :
1. Almanak
2. Atlas
3. Direktori
4. Ensiklopedia umum
5. Gazetir
6. Kamus umum

Buku Rujukan Khusus
Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci, mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Buku ini mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Di antara buku rujukan khusus adalah :
1. Abstrak
2. Bibliografi khas
3. Biografi Individu
4. Ensiklopedia Khusus
5. Buku Glosari
6. Buku Indeks
7. Buku Istilah
8. Kamus khusus

No comments:

Post a Comment