Wednesday, June 30, 2010

Sambutan Hari Koperasi Sekolah

Tarikh: 30 Jun 2010 (Rabu)
Tempat: Dewan Terbuka SMKM
Tema: Kreativiti & Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah.
Aktiviti: Membaca perutusan, ucapan perasmian, menanam pokok,
jualan penghabisan stok dan kuiz koperasi.






Kolokium PPU SMKM 2010

Kolokium PPU SMKM telah diadakan pada 28 Jun 2010 di dewan kuliah.





Friday, June 25, 2010

Pendaftaran Pelajar 6 Rendah.

Pelajar-pelajar tingkatan 6 Rendah telah mendaftar pada 10 Mei 2010.




PAMERAN "ROAD TO AFRICA" 2010






Thursday, June 24, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Sambutan Hari Guru SMKM bagi tahun 2010 telah diadakan pada 17 Mei 2010. Banyak acara telah diadakan. Semasa perhimpunan, selain melafazkan ikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia, acara memotong kek telah diadakan. Pelajar-pelajar telah menyampaikan hadiah kepada guru-guru kesayangan mereka. Acara sukaneka juga diadakan. Sambutan pada hari itu diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.






HARI TERAKHIR PENGETUA BERSAMA PELAJAR SMKM

Majlis Perpisahan diadakan di dewan terbuka SMKM pada 04 Jun 2010 (Jumaat). Selain ucapan perpisahan, ketua pelajar juga diberi peluang membuat ucapan mewakili pelajar-pelajar. Penyampaian cenderamata kenang-kenangan juga diadakan.
Ramai pelajar dan guru yang menitiskan air mata kerana sedih berpisah dengan pengetua kesayangan kami semua...




BERPINDAH KE BANGUNAN BARU....

Bangunan pusat sumber baru SMK Mengkarak telah siap dan boleh digunakan. Gotong-royong telah diadakan untuk memindahkan barang-barang pada 21 Jun 2010. Walau bagaimanapun, pusat sumber ini belum boleh dibuka untuk kegunaan pelajar dan guru kerana perabot baru (meja dan kerusi) belum diterima.





Majlis Perpisahan Pengetua


Puan Normah binti Ismail berkhidmat sebagai pengetua SMK Mengkarak bermula 16 Oktober 2007 hingga 01 Jun 2010. Beliau meneruskan perkhidmatan sebagai pengetua di SBPI Temerloh. Majlis perpisahan telah diadakan di Restoran Seri Puncak Temerloh pada
21 Jun 2010 jam 8.00 malam.
Semoga sentiasa cemerlang walau di mana sahaja berada....