Saturday, December 5, 2009

Pertandingan Membina Peta Minda Berdasarkan Bahan Bacaan di PSS.


Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia





Jejak Maklumat















Taklimat sebelum aktiviti JEJAK MAKLUMAT.















Berbincang untuk mencari jawapan.














Apa jawapannya ha???

Senarai Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan pusat sumber sekolah.
Merancang dan mengurus belanjawan tahunan pusat sumber sekolah.
Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber sekolah.
Merancang dan mengurus program promosi pusat sumber sekolah.
Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif.
Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program pusat sumber sekolah.
Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah.
Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja pusat sumber sekolah.
Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program pusat sumber sekolah.
Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.
Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah.
Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat sumber sekolah.
Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah (Oktober) dan NILAM (April dan Oktober) kepada BTP melalui PKG dan BTPN setiap tahun.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

[Diambil dari BUKU PANDUAN TUGAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM) terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007]

Diskripsi Tugas

DISKRIPSI TUGAS JAWATANKUASA INDUK
PUSAT SUMBER SEKOLAH

*Merancang peranan, kepentingan dan perkembangan Pusat Sumber Sekolah.
*Menentukan segala hal yang berkaitan dengan kemudahan fizikal dan aktiviti tertentu seperti pameran dan sebagainya.
*Menentukan dasar dan membuat cadangan-cadangan pemilihan dan pembelian bahan.
*Pengurusan penggunaan seperti menentukan jadual waktu Pusat Sumber Sekolah.
*Menentukan peraturan-peraturan Pusat Sumber Sekolah.
*Merancang aktiviti tahunan yang sepatutnya diadakan.
*Merancang program untuk mendapatkan sumbangan dalam berbagai bentuk bagi penambahan koleksi bahan Pusat Sumber Sekolah.
*Merancang dan merangka strategi untuk mendapat sumber-sumber kewangan bagi menambah wang Pusat Sumber Sekolah.

Jawatankuasa Kerja PSS 2010

Pengerusi : Puan Normah binti Ismail
Naib Pengerusi : Puan Salmah binti Othman
Setiausaha : Puan Norsiah binti Kamari
Pen. Setiausaha : Encik Mohd. Niza bin Harun

AJK UNIT:
Perpustakaan : Puan Maslina binti Mahmud
NILAM : Puan Norhuda binti Din
: Encik Juhari bin Abdullah
Media : Encik Faizu bin Mat Rudin
: Encik Md. Arif bin Md. Nasir
Siaraya : Encik Wan Asmadi bin Wan Ibrahim@Wan Ahmad
: Encik Mohd. Zamri bin Basri
Keceriaan : Puan Nurmah binti Mohd. Yusoff
: Encik Norazran bin Ibrahim
Fotografi : Encik Ramlee bin Ahmad
: Encik Ahmad Bazli bin Ahmad Zahiri
TMK : Encik Mohd. Aznizam bin Azmi
: Encik Md. Jafri bin Hashim
: Encik Mohd. Azli bin Mohd. Isa.

Friday, December 4, 2009

Pusat Sumber Baitul Hikmah



Ini adalah bangunan pusat sumber SMK Mengkarak yang baru. Bangunan ini sudah siap sepenuhnya tetapi masih belum boleh digunakan. Aras bawah bangunan ini dijadikan dewan terbuka yang boleh digunakan sebagai satu tempat untuk menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah.

BUKU RUJUKAN

Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara. Antaranya maklumat tentang makna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentang tempat, data dan sebagainya.

Buku rujukan terdiri daripada :
1. Buku Rujukan Umum
2. Buku Rujukan Am
3. Buku Rujukan Khusus
4. Bahan Khusus

Buku Rujukan Umum
Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhi keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar. Buku ini berkaitan dengan mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendak kurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.

Buku Rujukan Am
Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua orang. Buku ini berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Di antara buku rujukan am adalah :
1. Almanak
2. Atlas
3. Direktori
4. Ensiklopedia umum
5. Gazetir
6. Kamus umum

Buku Rujukan Khusus
Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci, mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Buku ini mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Di antara buku rujukan khusus adalah :
1. Abstrak
2. Bibliografi khas
3. Biografi Individu
4. Ensiklopedia Khusus
5. Buku Glosari
6. Buku Indeks
7. Buku Istilah
8. Kamus khusus

BUKU BUKAN FIKSYEN

Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman dan buku bukan fiksyen untuk rujukan.

Buku bukan fiksyen pinjaman merupakanbuku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjam kepada pengguna. Buku bukan fiksyen rujukan adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dan tidak dibenarkan dipinjam oleh pengguna.

Semua buku bukan fiksyen dikelas dibawa sepuluh bidang utama iaitu :
1. Karya am
2. Falsafah
3. Agama
4. Sains Kemasyarakatan
5. Bahasa
6. Sains Tulen
7. Teknologi
8. Kesenian
9. Kesusasteraan
10. Sejarah & Geografi

Pusat Sumber SMKM Dalam Pembinaan.


Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak telah mendapat sebuah bangunan khas pusat sumber. Projek pembinaan bermula awal 2008. Diharapkan dengan adanya bangunan khas ini, pengurusan pusat sumber sekolah akan lebih cemerlang.

BUKU FIKSYEN

Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikut bahasa.

Antaranya :
1. Buku Fiksyen Melayu
2. Buku Fiksyen Inggeris
3. Buku Fiksyen Cina
4. Buku Fiksyen Tamil
5. Buku Fiksyen Arab

Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah :
1. Cerita Sains
2. Cerita Nasihat
3. Cerita Dongeng
4. Cerita Khayalan
5. Cerita Binatang
6. Cerita Rakyat

Pusat Sumber Sekolah

Pusat sumber sekolah adalah seluruh kawasan sekolah. Pusat sumber sekolah merupakan tempat untuk memperoleh, mengumpul, menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran untuk dimanfaatkan kepada para pelajar dan guru-guru. Pusat sumber bukanlah tempat menyimpan maklumat lama untuk diwariskan kapada satu generasi kepada generasi yang lain.


Pusat sumber sekolah perlu berfungsi seperti sebuah gedung membeli-belah yang mampu menyediakan pelbagai keperluan dan perkhidmatan kepada para penggunanya. Di gedung membeli-belah, kemudahan dan keselesaan seperti mendapat layanan, harga barang-barang, susun atur dan sebagainya mestilah diberi perhatian. Begitu juga halnya dengan peranan yang dimainkan oleh pusat sumber sekolah sebagai sebuah gedung ilmu yang diurus secara sistematis oleh kakitangan terlatih. Ini bertujuan memberi perkhidmatan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.